FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
i) Perancangan awal perang
- Jepun menggunakan propaganda untuk memenagi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu.
- Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan.
ii) Kelengkapan perang tentera Jepun
- Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti 'Zero Fighter'
- Jepun menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah Melayu
iii) Semangat tentera Jepun
- Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka.
- Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun.
- Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun.
iv) Taktik serangan Jepun
- Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik.
- Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura.
v) Kelemahan tentera British
- Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah.
- Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralaan perang.
- Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British.
- Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura.
vi) Pakatan Jepun-Thailand
- Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand.
- Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand.
vii) Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu.
- KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu.
- KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
vii)Perang Dunia Kedua
-Kejayaan Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dalam tempoh 70 hari sahaja didorong oleh pelbagai faktor.
-Perang Dunia Kedua yang meletus di Eropah menjadi pemangkin utama kepada kejayaan pihak Jepun tersebut. Pihak British bukan tidak menyedari kemungkinan bahawa pihak Jepun akan menyerang Tanah Melayu tetapi lebih menumpukan perhatian kepada peperangan yang meletus di Eropah lebih mendesak.
-Pihak Britain yang mempunyai tanah jajahan di Afrika dan Asia telah diminta untuk membantu Rusia, Perancis dan Belanda apabila keadaan semakin terdesak. Hal ini menyebakan tanah jajahan di Asia Tenggara terutamanya Tanah Melayu terbiar dan membuka peluang kepada Jepun untuk menyerangnya.
- Pihak British juga tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu. Pertahanan di Timur telah diserahkan kepada Amerika Syarikat yang berpengkalan di Pearl Habour, Hawaii. Kesan daripada pengeboman Jepun di Pearl Habour telah melumpuhkan terus pertahanan di Timur.

ix)Penyebaran Dakyah anti-British
-Selain itu, Jepun juga, melalui Doro Nawa telah berjaya menyebarkan dakyah anti-British dalam kalangan askar-askar India yang berkhidmat dengan pasukan British di Tanah Melayu untuk meninggalkan perkhidmatan mereka.
-Jepun telah berjaya menarik orang India yang berkhidmat dengan British untuk bekerjasama dengan Jepun. Seorang nasionalis radikal India, Subhas Chandara Bose telah datang ke Tanah Melayu dan menubuhkan pasukan yang dikenali sebagai Indian National Army (INA) untuk membantu Jepun.
- Jepun juga berjanji untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Pihak Jepun juga berjaya mempengaruhi penduduk tempatan seperti golongan nasionalis radikal daripada Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawa pimpinan Ibrahim Hj. Yaakob. Hal ini memudahkan penguasan Jepun di Tanah Melayu berjalan dengan lancar.
Casino Games & Sports Book - MapyRO
ReplyDeleteMapyRO provides real-time driving directions, 창원 출장샵 road 화성 출장마사지 conditions and road 화성 출장마사지 conditions to your Casino 세종특별자치 출장샵 in Gainesville, GA. Find driving 충주 출장샵 directions, road conditions,