PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pengenalan
Malaysia telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan juga Jepun. Penjajahan ini bermula apabila Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di rantau ini satu ketika dahulu. Melaka adalah tempat dimana pedagang-pedagang dari barat dan timur bertemu untuk urusan jual beli. Antara barang dagangan utama yang diminati oleh orang-orang Eropah ialah rempah ratus, teh, sutera dan lain-lain. Keinginan untuk mendapatkan barang-barang ini ialah dengan pergi terus ke Melaka dan seterusnya menjajah Melaka. Selain itu, Revolusi industri yang bermula di Britain telah menyebabkan kuasa barat datang ke Malaysia (Tanah Melayu) yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah.
Pendudukan Jepun
Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan singapura . Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :
- Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan . Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia .
- Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun . Sebelum menyerang Tanah Melayu, Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .
- Sewaktu Jepun membuat pengisytiharan menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, tentera bersekutu sebenarnya masih mengatur perancangan untuk menyusup masuk ke Tanah Melayu dan membuat serangan balas ke atas tentera Jepun. Sementara menunggu kedatangan tentera British untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu, askar MPAJA, juga disebut oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga, telah keluar dari tempat persembunyian mereka di hutan dan telah mengisytiharkan diri mereka sebagai pemerintah Tanah Melayu. Ini merupakan kesempatan terbaik bagi tentera Bintang Tiga, yang kebanyakan anggotanya ialah ahli Parti Komunis Malaya untuk membalas dendam dengan membunuh dan menyeksa orang yang dikatakan bersubahat dengan tentera Jepun.
- Oleh sebab perbuatan kejam dan zalim tentera Bintang Tiga dan juga kerana hasutan mereka terhadap orang Cina, maka beberapa rusuhan dan pergaduhan kaum tercetus yang membabitkan orang Cina dan Melayu. Selepas hampir 2 minggu keganasan dan suasana huru-hara berlanjutan di Tanah Melayu, pada pertengahan September 1945, barulah pihak Britishtibadi Tanah Melayu dan menubuhkan pemerintahan sementara yang dikenali sebagai British Military Administration yang sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan di Tanah Melayu.
- MPAJA ke mudianya dibubarkan dan pihak British kemudiannya memberi ganjaran kepada mereka yang berjasa menentang Jepun. Namun apa yang pasti tentera Bintang Tiga yang didalangi oleh Parti Komunis Malaya sedang mengumpul kekuatan bagi mengambil alih Tanah Melayu.
Kesan pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang
No comments:
Post a Comment