Wednesday, 12 October 2016

KESAN KEMARAAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU

i) Jepun menguasai Tanah Melayu

- Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
- Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.
- Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Yamashita Tomoyuki (dikenali 'Harimau Malaya') di Singapura
- Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan

ii) Banyak berlaku kemusnahan

- Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
- British gunakan taktik 'bumi hangus'
- British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan.
- Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi.
- Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan Muzium Selangor.
- Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan.

iii) Jepun gagal menguasai bahan menah di Tanah Melayu

- Tindakan British berjaya meggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara.

iv) Kelemahan tentera British Di Tanah Melayu

- Tentera British yang terdiri daripada askar-askar india-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan Tentera Jepun
- Tentera British tidah berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura.
- British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah.
- Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu.


CARA KEMARAAN TENTERA JEPUN

1) Menggunakan kapal terbang


- Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
- Kapal ini sebagai pelindung kepada darat Jepun

2) Menggunakan kereta kebal penggempur


- Berjaya memaksa tentera British berundur
- Jepun menggunkan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan

3) Menggunakan bot

- Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal terbang yang sukar berlabuh di pantai

4) Menggunakan basikal



- Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
- Basikal mudah untuk melalui jalan sempit





No comments:

Post a Comment